Pengenalan

Assalamualaikum, 

Saya Firdaus, sudah berkecimpung dalam trading forex ni sejak April 2014. Permulaan saya dalam bidang ni bermula dengan Teknik Forex Sebenar by Sifu Khalid Hamid. Masa tu memang tak tahu apa-apa pasal forex ni. Tapi dari ebook beliau, saya banyak belajar term yang digunapakai dalam forex dan juga beberapa teknik-teknik swing beliau. Tapi lama-kelamaan, saya rasa jiwa swing ni bukan jiwa saya. Walau bagaimanapun, saya recommend sangat-sangat untuk newbie yang baru nak terlibat dalam dunia forex ni untuk dapatkan ebook beliau. 

Bagi nak memuaskan nafsu memorex saya ni(masa tu fikir nak cepat untung je), saya mula banyak membaca pasal forex di internet. Dan hasil dari research ni, saya tahu ada satu term dipanggil 'SCALPING'. Disebabkan saya anggap anda yang baca blog saya ni dah ada basic forex, jadi tak perlu la saya explain panjang pasal scalping ni ye. Saya mula membaca posting-posting di forum Carigold berkenaan scalping ni. Banyak thread disana yang saya rasa agak bermanfaat sampai jadi rambang mata nak pilih yang mana. Akhirnya saya request untuk personal coaching dengan Master Paranormal yang juga saya kenal di forum tersebut. Free jer. Saya diajar teknik SCCP(nak tahu teknik macam mana, kena la ngadap dia sendiri).

Tapi mungkin disebabkan masa tu ilmu saya ni pun tak berapa nak ada lagi, saya follow sekejap je teknik dia. Tapi saya tak cakap teknik dia merepek, sebab ramai student-student dia yang dapat buat profit. Even masa saya PC dengan dia pun, saya dapat buat profit. Tapi sekali tu je la. Lepas tu lagi banyak loss. hehe. Plus, profil master ni pun agak well-knowned. Kira macam legend jugak la. Jadi, mungkin kelemahannya datang dari saya. Kemudian saya mula rasa frust sebab lagi banyak kerugian dari untung yang saya dapat. Tapi saya tak pernah putus asa, saya keep on searching teknik-teknik yang ada. 

Selain dari dua teknik di atas, ada beberapa lagi teknik yang saya follow sebelum ni termasuklah teknik yang saya cipta sendiri sebelum saya kembali jadi pak turut kepada teknik-teknik lain. Rupa-rupanya tanpa saya sedar, dah 3 tahun saya berada dalam bidang forex ni dengan ratio rugi lebih banyak dari untung. Banyak pengalaman saya dapat seperti hampir nak gila, duit banyak habis, baru je depo $1000 USD then tak sampai 2 saat duit tu lesap(ni time NFP), teknik harapan dan banyak lagi pengalaman pahit dan manis saya terima sepanjang tempoh ni. 

Jadi, selepas 3 tahun, saya mula sedar dalam trading forex ni, ada beberapa key yang kita kena pegang untuk jadi trader berjaya. Jika anda masih baru, masih belum terlambat untuk select gear Reverse dan buat benda lain. Sebab forex ni datang dengan risiko yang tinggi dan pengalaman sahaja dapat mematangkan anda. Ada satu artikel yang saya baca, kebanyakan forex trader akan give up dalam masa 3 tahun pertama, selebihnya akan give up dalam 2 tahun kedua. Trader yang lepas tempoh 5 tahun pertama ni je yang biasanya akan kekal dan berjaya dalam forex. Mungkin sebab tu ada istilah orang cakap, '95% trader forex gagal'. Tepuk dada, tanya poket, sanggup ke tak sanggup. Hehe.

Jika anda sanggup nak hadap tempoh-tempoh mencabar ni ataupun anda juga sejibik macam saya, dah lama dalam bidang forex tapi masih terkapai-kapai, InsyaAllah saya nak ajak anda untuk belajar teknik day trading(intraday) yang satu ni. Saya bukanlah founder teknik ni. Saya juga dapat teknik ni hasil dari carian saya selepas terkesan dengan ketidakmampuan saya nak hadap chart manjang disebabkan scalping, dan juga ketidakupayaan saya nak menunggu untuk tempoh masa yang lama(Swing). 

Blog ini akan jadi jurnal trading saya dalam menggunakan teknik ini dan cara penggunaanya akan diselitkan di bahagian permulaan. Jika ada sebarang penambahbaikan, saya akan masukkan di dalam post-post selepas ini. 

Bismillahirrahmanirrahim...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik 3 Petang

Skill Cover Loss