Skill Cover Loss
Assalamualaikum,
Dalam post sebelum ni, saya dah explain secara step by step bagaimana nak guna Teknik 3 Petang, apa Risk-To-Reward(RR) ratio yang patut digunakan, lot entry dan pair suggestion dari saya. Di akhir post tersebut, saya ada bertanya soalan,
'Macam mana sekiranya entry kita kena SL?'
Untuk faham macam mana boleh kena SL, cuba lihat gambar kat bawah.
Lihat contoh di dalam kotak. Candle hijau adalah candle 3 petang dan sebelah kanannya adalah 4 petang. Nampak tak shadow candle 4 petang trigger entry PO Buy Stop anda? Kemudian turun mencari SL sebelum meneruskan perjalanan downtrend.
Rugi tak? Rugiiiii....
Jadi macam mana nak buat?
Suka saya ingatkan, kita Day Trade. Kita dalam proses nak jadikan trading satu kerjaya long term. Psikologi sebagai trader perlu dikawal. Jadi? Biarkan.
Kita tak perlu balas dendam pada market mengkhinzir buta. Ikutkan pengalaman saya, kalau saya revenge tanpa perancangan, saya akan kena Margin Call(MC) akaun tersebut.
Cuba lihat gambar seterusnya.
Lihat pada garis pendek biru yang saya tandakan tersebut. Itu merupakan breakout candle 3 petang pada hari selepas kena SL tadi.
Skill Cover Loss
Jika anda terkena SL pada mana-mana hari trade, anda perlu naikkan lot entry anda pada hari trading berikutnya.
Sebagai contoh dalam kes kat atas, anda Loss 18 pips dengan entry lot $0.01. Jadi hari berikutnya, anda entry dengan lot $0.02 (2x ganda). Kebiasaannya, dengan entry 2 kali ganda size, anda dapat cover balik loss anda hari sebelumnya dan MM anda masih dalam keadaan terkawal. Itulah gunanya entry yang kecil pada permulaan. Faktor RR ratio jugak perlu diambil kira. Macam kat atas, nisbah 1:2.
Dah Loss Tapi Profit Balik?
Naikkan lot 2x ganda dapat cover balik kerugian. Cuba naikkan 3x ganda pulak. Agak-agak hari yang Loss semalam tu profit balik tak? Hehe.
Jika anda rajin, anda boleh back test teknik ni setiap hari untuk beberapa bulan lepas. Kebiasaannya, entry kita takkan kena SL berderet atau orang panggil 'Losing Streak'. Paling lama saya back test, Loss 2 hari berturut-turut. Untuk itu, kita akan buat perkiraan lain pulak untuk cover, tapi tak banyak beza sangat pun dengan yang ni.
InsyaAllah saya akan cuba cover dalam post yang lain.
Jika rasa teknik ni bermanfaat, tolong share kepada rakan-rakan trader yang lain supaya lagi ramai dapat kebaikan.
Saya doakan semoga anda yang baru nak cuba teknik ni tidak berputus asa, mendapat profit yang banyak dan dapat jadikan forex trading ini sebagai satu sumber rezeki utama mahupun sampingan :)
Salam Firdaus terimakasih ilmu hanya Allah shj yg membalas kabaikan Tuan dlm perkongsian ilmu ini. Aamiin
ReplyDelete