Teknik 3 Petang

Assalamualaikum,

Dibawah ini saya sertakan screenshot serta cara menggunakan teknik 3 petang. Secara asasnya, jika anda pengguna teknik LBO, ataupun mana-mana teknik breakout, anda pasti lebih mudah memahami teknik ni. Tapi jika tiada pun, tiada masalah. 

Teknik 3 petang ni sangat simple dan tidak memeningkan kepala. Sebab itulah tujuan asal teknik ni saya sharekan kepada anda. Saya juga dah naik serabut dengan pelbagai indi dan SOP yang agak payah nak hafal. Kadang-kadang kita sebagai trader ni suka menyusahkan diri sendiri dengan macam-macam indi sampai susah nak buat keputusan trade. huhu.

Jika anda kreatif, anda boleh gabungkan dengan mana-mana teknik yang anda mahir. Tiada sebarang larangan sebab ini ilmu percuma, saya cuma sampaikan sahaja, sekadar berkongsi rezeki dari Allah. Jadi mari kita teruskan.

Detail teknik : Teknik 3 Petang

Kenapa 3 petang? Sebab teknik ini menggunakan candlestick pada jam 3 petang waktu Malaysia. 

Broker pilihan : Exness

Money Management : Saya depo RM200($44 USD) untuk entry lot 0.01 

Type Trader : Day trader(Harian)

Pair : EURUSD(Saya cuma gunakan pair ini, pair lain anda boleh try&error)


Step-By-Step 

1. Buka chart EURUSD di platform anda, pilih timeframe H1. Pastikan anda mark candle yang open pada pukul 3 petang waktu kita(kotak biru).



2. Setelah anda mark candle tersebut, tunggu sehingga candle tersebut close. Kemudian buat horizontal line pada High & Low candle tersebut. 



3. Set kan SELL STOP pada Low candle dan BUY STOP pada high candle sejurus selepas candle close. Anda juga boleh set kan Pending Order tersebut 1-2 pips di atas High atau di bawah Low. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Jika candle jam 4 petang Open pada High candle jam 3 petang, terus masuk Market Order Buy dan tak perlu set kan Sell Stop. Jika candle jam 4 petang Open pada Low candle jam 3 petang, terus masuk Market Order Sell dan tak perlu buat Buy Stop.  



4. StopLoss Buy Stop & Buy diletakkan pada Low candle. StopLoss Sell Stop & Sell diletakkan pada High candle.

5. Take Profit mengikut Money Management masing-masing ye. Seeloknya dengan menggunakan ratio 1:2 (SL : TP). Contoh, SL - 100 points(10pips), TP - 200 points(20pips)

6. Bukaan lot entry adalah sekecil yang boleh, supaya emosi kita sentiasa terkawal. Dalam kes kat atas, saya cuma guna lot 0.01 dengan equity lebih kurang $44 USD.

6. Apabila Pending Order dah letak, tunggu salah satu daripadanya trigger. Macam contoh di atas, Buy Stop dah di trigger oleh candle jam 4 petang. Apabila salah satu dah trigger, delete Pending Order yang lagi satu.

7. Disebabkan kita cuma day trade, jadi lepas salah satu dah trigger, anda boleh tutup laptop untuk kawal psikologi anda. Buat apa nak risau, lot entry anda dah jaga, SL ada, TP pun ada. Cuma sebelum tidur, anda cek balik entry anda. Samada on the way nak kena TP, atau dah kena TP, atau kena SL. 


Jadi itu sahaja step-step dia, simple kan? Mark candle 3 petang, bila candle close letakkan Pending Order atau terus buat Market Order, letakkan SL & TP, kalau PO tunggu salah satu trigger, dah trigger delete PO satu lagi, malam baru cek balik entry anda. 

Senang! Hehe.

Kalau anda ukur Risk to Reward ratio SL:TP dalam contoh kat atas, ianya berbaloi, anda risikokan 250points SL untuk 500points TP. Perancangan anda mengena.

Tapi macam mana kalau entry anda kena SL? Ataupun profit anda tak sampai pun 500 point tu? Macam mana nak cover balik kerugian kena SL tu? 

Saya akan bincangkan dalam posting seterusnya... :)

Comments

  1. Bak cuba juga teknik tue.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih sbb share teknik yg sgt simple ni. Semoga Allah murah kan rezeki tuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengenalan

Skill Cover Loss